Thursday 21 July 2011

BERSIH 2.0 : From My Point of View

Assalamualaikum,

       Ya, memang sekarang ni Malaysia tgh hangat dengan isu Bersih. Pada pendapat saya, Bersih merupakan satu gerakan yang ditubuhkan oleh pembakang untuk 'memBERSIHkan' beberapa sistem pentadbiran yang dirasakan kurang 'BERSIH' di Malaysia ini. Ada pro dan kontrasnya pandangan saya berhubung kes ini.
 
       Pronya, apabila bangunnya gerakan ini, dapat membuka mata para pemimpin di negara kita bahawa rakyat Malaysia sudah mampu berfikir dan tidak hanya mengikut telunjuk pemimpin tanpa berfikir dengan mendalam. Oleh itu, pemimpin tidak boleh mengambil lewa lagi akan pentadbiran negara dan perlu memperbetul kepimpinan mereka supaya lebih telus dan efisen.

       Manakala kontrasnya pula, rakyat sudah mula jemu akan barisan kepimpinan sekarang ini yang sudah sangat lama memimpin. Rakyat mahukan pembaharuan. Kes ini sama sahaja dengan kes pemberontakan yang berlaku dia Asia Barat. Cuma di sana pemberontakannya lebih agresif. Hal ini kerana telah banyak berita tentang penyelewengan pihak pemimpin yang berlaku terbongkar.

Kesimpulannya, pihak pemimpin harusla bersikap terbuka akan perkara ini agar negara kita akan lebih makmur. Manakala pihak pembangkang pula haruslah mencari cara yang lebih baik dalam menyampaikan pendapat mereka.

Sekian.


No comments:

Post a Comment