Saturday 13 August 2011

ARCHITECTURE aka SENIBINA???

Tugasan kali ini, memerlukan saya untuk menerangkan pemahaman saya tentang senibina atau 'architecture'.

Semasa di zaman persekolahan dulu, apa yang saya tahu tentang architecture ialah pelan, architect orang yg buat pelan. Minat saya terhadap senibina mula terpupukpun disebabkan perancangan keluarga saya untuk membuat rumah. Pada masa itu ibu saya sibuklah print segala pelan rumah yg dirasakan menarik di internet untuk dibawa berbincang sesama keluarga tentang rumah mana yang sesuai untuk dibina. Dari situ saya mula berminat dengan senibina. Sebabnya ialah bila saya lihat ruang-ruang disitu saya dapat rasakan saya yang melalui ruang-ruang tersebut. Dan secara tidak langsung saya ingin menjadi seorang yang mereka ruang-ruang disesebuah bangunan. Dari situ saya mulai faham bahawa pelan menghasilkan ruang.

school days~

Cuba bygkn anda melalui ruang-ruang dalam pelan ini.Bagi saya iyanya satu perkara yg menyeronokkan. I hope one day, i'll walk through my own plan for real!!!

Apabila saya dapat masuk ke aliran senibina pemahaman saya tentang senibina telah bertambah.Achitecture bukan sekadar plan, ruang dalam sesebuah bangunan tetapi architecture adalah kehidupan kita. Sebabnya ialah segala akitiviti seharian kita memerlukan architecture. Bak kata pepatah, architecture dan kehidupan kita ni bagai aur dengan tebing. Yela, dari tmpt kita tidur,makan, mandi,buang air, buat kerja,beriadah, memandu dan banyak lagi benda lain yang kita lakukan dalam kehidupan kita memerlukan architecture. Architecture bukan sahaja memBINA kehidupan kita, malah menghiasi kehidupan kita apabila nilai SENI dimasukkan. Iyalah berbalik dgn fitrah manusia yang sukakan keindahan.

Which one attract you more? function is important but form/art is also needed so we can understand more about the function and more attracted to use/come.

Oleh itu, buat masa ini, setakat ini sahajala post saya untuk kali ini.Secara ringkasnya, architecture is about FUNCTION OF SOMETHING TO FULFILL HUMAN NEEDS AND ART VALUES IS ADDED IN ORDER TO FULFILL HUMAN WANTS (taste/eyes). Buat masa ini, inilah pemahaman saya terhadap architecture atau senibina. Insyallah pemahaman saya terhadap architecture akan bertambah dari semasa ke semasa.
wants vs needs or wants + needs???



Salam~



No comments:

Post a Comment